Hamba berkulit gelap İstana Topkapı – karaagalar

Hamba berkulit gelap di İstana Topkapı asalnya datang dari Africa contohnya dari Sudan dan Algeria . Mereka dibawa ke İstana Topkapı untuk menjaga Harem . Terutama Harem bahagian perempuan . Tugas mereka bukan saja membuat tugas harian contohnya angkat barang berat di dalam Harem , Jika ada urusan untuk menghantardokumen ke Mekah dan Madinah , merekalah diberi tugas untuk mebawa dokumen tersebut .

Asrama tempat tinggal karagalar ni sebelum pintu masuk harem

Karagalar ( Black Enuch) ini juga tugas menjaga pintu masuk utana Harem perempuan yang didiami. Mereka ni dibawa ke sini ada yang masih budak dan remaja .

Selain itu tugas menjaga Famili Sultan dan pekerja İstana yang perempuan semasa Sultan pergi berperang . Karagalar ni mereka pilih yang tak hensem 😄 supaya perempuan istana tak ada skandal ya heeee.

Nak tengok macam mana karagalar ni boleh tengok watak Sümbül Ağa dalam cerita Kanuni Sultan Süleyman tu.

Asrama tempat tinggal karagalar ni baru dibuka untuk pelawat tengok. Asrama ini pernah terbakar pada abad ke 17.

Asrama ni lengkap dengan surau , hamam , dapur harian dan toilet supaya mudah untuk kegunaan karagalar . Jadi tak ada alasan nak pergi jauh- jauh untuk solat dan guna dapur. Asrama ni 3 tingkat tapi dibuka untuk visit tingkat bawah saja . Diatas ada koridor untuk karagalar ni berehat tapi tingkat atas masih tutup.

Categories:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *